"Berfikir secara rasional, bukannya emosional"

Tuesday, July 24, 2007

Tanpa Mereka Siapalah kita

Di dalam sebuah akhbar tempatan semalam Tan Sri Jins Shamsudin menceritakan tentang peranan bapa beliau yang membentuk beliau sebagai mana beliau pada hari ini. Hari-hari yang telah dilalui beliau di bawah asuhan bapa beliau penuh dengan nilai-nilai murni dan cara hidup yang berdisiplin. Pada beliau bapanya sangat memberikan kesan, sehinggakan ada perkara-perkara yang tidak baik tidak jadi dilakukan beliau kerana terbayangkan wajah bapanya.

Begitulah peranan ibu bapa di dalam membentuk disiplin diri kita. Cubalah kita didik diri kita menjadi insan yang berguna supaya ibu dan bapa kita bangga dan gembira akan diri kita. Cikgu teringatkan satu lirik yang di nyanyikan oleh Sudirman yang liriknya berbunyi begini;

Ayah dan Ibu, Ayah dan ibu
Wali-wali keramat
Pada mereka kita beri hormat
Pakailah tunjuk ajar dan nasihat
Supaya hidup kita akan selamat

Begitulah taraf ibu bapa yang mana disamakan dengan wali-wali keramat yang dipakai segala nasihat mereka. Sayangilah mereka sementara mereka masih ada. Sebelum kita menurutkan gelodak jiwa remaja, fikirkanlah kesan dan akibatnya kepada diri mereka berdua dan kepada keluarga kita juga. Hadiahkanlah mereka kegembiraan, bukannya kekecewaan.

Hayatilah dua klip video di bawah dan renungkanlah lirik yang berunsur nasihat...






No comments: