"Berfikir secara rasional, bukannya emosional"

Friday, August 17, 2007

Program Pembangunan Diri Remaja

PROGRAM PEMBANGUNAN DIRI REMAJA

Tarikh: 09 Ogos 2007 (Khamis)
Masa: 01.45-06.20 petang
Tempat: Dewan Terbuka
Sasaran: Pelajar Keturunan Cina Sesi Petang

Laporan:
Program Pembangunan Diri Remaja telah dianjurkan oleh Panitia Bahasa Cina SMKS dengan kerjasama badan kaunseling. Majlis bertujuan memupuk semangat jati diri dan memotivasikan pelajar-pelajar keturunan Cina di dalam menghadapi alam persekolahan menengah. Ia juga bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar bagi menghindari gejala-gejala negatif yang mudah mempengaruhi para pelajar.

Jawatankuasa Pelaksana telah menjemput Encik Andrew Wong Eng Tek. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Lim Lian Yok, Pengerusi JKK Kampung Dato Harun (Cina). Berikut adalah aturcara majlis:

01.45 petang: Pelajar dan guru berhimpun di Dewan Terbuka
02.00 petang: Ucapan alu-aluan Pengetua dan Ucapan Perasmian
02.30 petang: Ice-Breaking
03.00 petang: Ceramah: Keyakinan Diri (Self-Confidence)
04.15 petang: Rehat
04.35 petang: Ceramah: Apakah Itu Cinta (Seeking True Love)
05.50 petang: Aktiviti kumpulan
06.20 petang: Majlis Penutup (Penyampaian Hadiah) dan Bersurai

-------------------------------------------------------------------------------------

Gambar: (Sila klik gambar untuk lihat gambar besar)


Gambar 01:
Encik Andrew Wong Eng Tek sedang memberikan ceramah

Gambar 02:
Para peserta lelaki

Gambar 03:
Para peserta perempuan

Gambar 04:
Cikgu Wong Mei Yoke sedang menguruskan cenderamata dan hadiah


Laporan Oleh: Mohd Faisal Farish bin Ishak

Tuesday, July 24, 2007

Tanpa Mereka Siapalah kita

Di dalam sebuah akhbar tempatan semalam Tan Sri Jins Shamsudin menceritakan tentang peranan bapa beliau yang membentuk beliau sebagai mana beliau pada hari ini. Hari-hari yang telah dilalui beliau di bawah asuhan bapa beliau penuh dengan nilai-nilai murni dan cara hidup yang berdisiplin. Pada beliau bapanya sangat memberikan kesan, sehinggakan ada perkara-perkara yang tidak baik tidak jadi dilakukan beliau kerana terbayangkan wajah bapanya.

Begitulah peranan ibu bapa di dalam membentuk disiplin diri kita. Cubalah kita didik diri kita menjadi insan yang berguna supaya ibu dan bapa kita bangga dan gembira akan diri kita. Cikgu teringatkan satu lirik yang di nyanyikan oleh Sudirman yang liriknya berbunyi begini;

Ayah dan Ibu, Ayah dan ibu
Wali-wali keramat
Pada mereka kita beri hormat
Pakailah tunjuk ajar dan nasihat
Supaya hidup kita akan selamat

Begitulah taraf ibu bapa yang mana disamakan dengan wali-wali keramat yang dipakai segala nasihat mereka. Sayangilah mereka sementara mereka masih ada. Sebelum kita menurutkan gelodak jiwa remaja, fikirkanlah kesan dan akibatnya kepada diri mereka berdua dan kepada keluarga kita juga. Hadiahkanlah mereka kegembiraan, bukannya kekecewaan.

Hayatilah dua klip video di bawah dan renungkanlah lirik yang berunsur nasihat...